fbpx

[VIDEO] Polis buru empat penyamun bersenjata di Kesas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dashcam yang tular di media sosial hari ini.

SUBANG JAYA – Empat suspek kes samun bersenjata terhadap sebuah kenderaan berdekatan stesen minyak di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), di sini, awal pagi tadi sedang dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 1.37 pagi tadi.

Katanya, pengadu tempatan yang merupakan juruteknik, 36, hampir disamun empat lelaki tidak dikenali dan bersenjatakan kayu.

“Dalam kejadian ini, suspek yang menunggang motosikal telah menghalang dengan berhenti di hadapan kenderaan yang dipandu pengadu. Suspek kemudiannya bertindak menghayunkan kayu ke arah cermin kenderaan pengadu sehingga pecah.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana pihak yang ada maklumat berhubung kejadian ini, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Liew Wai Leong di talian 014-6884167 atau balai polis berhampiran,” jelasnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pengguna X @nafasafiqah memberitahu keluarga mentuanya hampir disamun kumpulan lelaki bersenjata selepas mengisi minyak di kawasan itu.

Pada masa yang sama, dia juga turut berkongsi rakaman papan pemuka (dashcam) dan beberapa keping gambar kenderaan dipercayai Toyota Estima yang mengalami kerosakan.

Cermin tingkap bahagian penumpang di belah kiri dilihat mengalami kerosakan seperti dilibas dengan objek tajam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI