fbpx

[VIDEO] Hujan duit selepas pamer kaki kudung palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang wanita menggunakan kaki kudung palsu untuk meminta sedekah.

PETALING JAYA – Kegiatan seorang wanita yang bertindak sebagai peminta sedekah dengan menggunakan kaki kudung palsu bagi mengaut keuntungan berjaya dibongkar oleh orang awam.

Menerusi perkongsian satu klip video di aplikasi X, seorang wanita dikenali sebagai mak cik Nida sempat merakamkan aktiviti ‘haram’ individu tersebut di sebuah pasar, namun lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Berdasarkan video berdurasi lebih seminit itu, rata-rata masyarakat tidak teragak-agak untuk mengulurkan duit kepada wanita itu selepas melihat salah satu kakinya yang kononnya kudung.

Dalam pada itu, Nida juga dengan berani menerjah wanita terbabit selepas dia selesai meminta sedekah yang mana keadaan fizikalnya kelihatan sempurna.

“Dia takut sampai masuk tandas lelaki. Awak dah dapat duit banyak. Awak pandai ya,” kata Nida.

Ketika ditanya dari negeri mana, wanita terbabit bagaimanapun enggan menjawab dan hanya mengatakan maaf sebelum beredar.

Menurut Nida, berdasarkan perbualannya, dia mendakwa bahawa wanita berkenaan merupakan warganegara asing.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan pendedahan berkenaan dan menyifatkan sering tertipu dengan sindiket tersebut.

“Kita tertipu selama ini. Bila pikir balik betul juga, bahagian kaki yang dia tunjuk itu kan aurat untuk wanita muslim, mana boleh dedah tunjuk macam itu sahaja,” kata Jon.

“Mereka ini kaya. Boleh dapat mencecah ribuan ringgit sehari. Lebih baik sedekah pada yang memerlukan, bukannya pemalas dan scam macam itu,” jelas Faiz.

“Daripada sedekah duit dekat manusia, elok lagi sedekah makanan dekat kucing dan anjing jalanan. Sudah-sudah lah kesian dekat mak cik, pak cik dan budak-budak tabung ini,” ujar Hadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI