fbpx

Tujuh ahli sindiket diberkas, dadah bernilai RM895,662 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRULANUAR MUSHADDAT (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas hasil serbuan di sebuah apartmen di Batu Pahat.

BATU PAHAT – Polis berjaya merampas dadah bernilai RM895,662 serta menahan empat lelaki tempatan dan tiga wanita warga asing selepas menyerbu sebuah apartmen di bandar ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, serbuan tersebut dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Batu Pahat pada pukul 7 malam.

Katanya, dalam serbuan itu, polis berjaya menahan empat lelaki tempatan berusia 21 hingga 38 tahun serta tiga wanita warga asing berusia antara 24 hingga 25 tahun bersama-sama sejumlah dadah dianggarkan bernilai RM895,662.

“Dadah yang kita rampas melibatkan 5219.71 gram serbuk ekstasi dianggarkan bernilai RM872,000, 23.17 gram pil ekstasi (RM3,250), 15.41 pil erimin 5 (RM1,120) dan ketamin 96.46 gram (RM19,292).

“Jumlah rampasan dadah ini bernilai RM895,662 yang boleh digunakan seramai 19,000 penagih,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, sitaan pula melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) bernilai RM84,800, sebuah motosikal (RM5,550) dan wang tunai (RM2,380) dengan keseluruhannya berjumlah RM92,730, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan tersebut berjumlah RM988,392. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI