fbpx

Sembilan termasuk anggota polis ditahan proses ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein berucap pada sidang akhbar Majlis Pelupusan Barang Kes Ibu Pejabat Polis (IPD petaling Jaya) di Balai Polis Ara Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Polis Selangor mengesahkan seorang anggota PGA Markas Briged Tengah, Cheras ditahan disyaki memproses bahan cecair dipercayai ketum, awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berkenaan ditahan sepasukan polis dari Bukit Aman bersama enam lelaki warga asing dan dua lelaki tempatan sekitar pukul 1 pagi.

“Anggota polis itu direman sehingga esok manakala dua orang awam yang tamat reman hari ini akan disambung reman untuk siasatan lanjut.

“Sementara itu, enam warga asing direman sehingga Jumaat ini.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Akta Imigresen 1963,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pelupusan Barang Kes Ibu Pejabat Polis (IPD petaling Jaya) di Balai Polis Ara Damansara, di sini, hari ini.

Kata Hussein, pihaknya masih menyiasat sama ada anggota berkenaan menggunakan kediaman itu untuk memproses bahan larangan itu atau sebagai pusat edaran.

Tambah beliau, rampasan turut dibuat membabitkan sembilan liter cecair dipercayai racun bernilai kira-kira RM200. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI