fbpx

Kritik Ara Johari boleh, cuma jangan libatkan nama keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ara mendedahkan pernah menjadi mangsa buli netizen disebabkan pertandingan AJL33.

PETALING JAYA – Penyanyi Ara Johari pernah menjadi mangsa buli siber gara-gara bergelar antara pemenang acara berprestij, Anugerah Juara lagu ke-33 (AJL33) sekitar tahun 2019.

Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, 27, mendedahkan ramai yang tidak berpuas hati apabila dia berjaya merangkul tempat kedua AJL33 sekli gus menewaskan Misha Omar yang berada di kedudukan ketiga.

“Waktu itu agak down (kecewa) juga.

“Mereka membandingkan saya dengan Misha dan mengatakan saya tidak layak untuk memang,” katanya kepada Kosmo! Online ketika mengulas mengenai insiden berlaku pada 2019 itu.

Kecaman yang diterima juga membuatkan penyanyi lagu Bunga itu tertekan dan sukar untuk berhadapan dengan khalayak.

“Ketika itu saya masih baharu dalam industri dan tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan perkara sebegitu.

“Saya takut untuk berhadapan dengan orang kerana fikir mereka akan membenci saya,” ujarnya.

Ara bagaimanapun mengakui kritikan sudah menjadi adat resam sebagai artis setelah dia sendiri kini lebih lapan tahun bergelar anak seni.

Namun, Ara menegaskan, netizen mempunyai ruang untuk mengkritiknya asalkan tidak menyentuh perihal keluarga.

“Saya tiada masalah jika ada yang ingin kritik. Apa yan membina saya ambil positif, yang negatif saya abaikan.

“Tetapi kalau hendak bercakap itu, harap tidak keterlaluan dan jangan melibatkan hal keluarga saya. Bila sentuh tentang keluarga, ya mungkin saya akan marah,” katanya.

Pada Ogos 2020, Ara pernah terpalit kontroversi melibatkan dakwaan kaki mabuk dan mempunyai masalah disiplin.

Susulan insiden itu, Ara memilih untuk mengurungkan diri di rumah selama seminggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI