fbpx

Ajak masuk bilik pengurus, rupanya kena ehem ehem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diperintahkan untuk ditahan reman selama lima hari selepas disyaki melakukan seks luar tabii terhadap seorang pemuda yang mencari kerja, semalam. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

MELAKA – Seorang pemuda berdepan detik hitam selepas dia diliwat seorang lelaki warga Pakistan ketika sedang mencari pekerjaan di sebuah kedai perabot di Tanjung Minyak di sini, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, mangsa yang berusia 22 tahun telah membuat laporan polis pada pukul 2.03 petang dan seorang suspek lelaki berusia 36 tahun ditahan pada pukul 6.30 petang hari yang sama.

Kata beliau, mangsa mendakwa suspek telah melakukan seks luar tabii terhadapnya ketika datang ke premis berkenaan untuk mencari kerja kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Sebaik tiba di premis tersebut mangsa telah berjumpa dengan suspek yang merupakan penjaga kedai warga Pakistan.

“Suspek kemudian mengajak mangsa naik ke bahagian atas kedai untuk diperkenalkan dengan pengurus kedai sebelum tiba-tiba menarik tangannya ke dalam sebuah bilik kecil dan melakukan perbuatan tidak senonoh,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Zainol, sebaik berjaya melarikan diri mangsa telah dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan dan pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakkan baharu pada duburnya.

Tambahnya, permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Sharda Shienha Mohd. Suleiman selama lima hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI