fbpx

Budak tular pandu Viva, bapa didakwa abai anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh Amir Khalid/Kosmo!

SEPANG – Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabai dan gagal mengawasi anak lelakinya yang memandu kereta Perodua Viva di sebuah taman perumahan di Puchong minggu lalu.

Tertuduh berusia 53 tahun yang merupakan warga Pakistan dan bertaraf Pemaustatin Tetap itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Bapa lima anak itu yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak lelakinya berusia 12 tahun telah mengabai dan bertindak secara cuai yang mungkin mendedahkan kanak-kanak tersebut  kepada kecederaan fizikal sehingga memandu kenderaan.

Kesalahan itu dilakukan di Puchong pada pukul 7.30 petang, 28 Julai lalu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama.

Hakim Ahmad Fuad membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi dan melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 September ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI