fbpx

Mindef bersedia mendepani teknologi kuantum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly Zahari (tengah) ketika sesi bergambar bersama tetamu kehormat pada Majlis Perasmian Siber Siaga 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) telah menyerahkan memorandum persefahaman (MoU) dengan TM Technology Services Sdn.Bhd., untuk meningkatkan keupayaan pertahanan dan kestabilan keselamatan dalam mendepani implikasi teknologi kuantum.

Kontrak bernilai RM 34,562,608 ini menyediakan infrastruktur rangkaian dengan dilengkapi kemudahan Pusat Operasi Keselamatan.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, usaha ini penting untuk memperkasa infrastruktur keselamatan siber negara, menggalakkan amalan terbaik dalam kalangan individu dan organisasi serta memperkukuh daya tahan siber negara.

“Sehubungan itu, adalah penting untuk mengiktiraf peranan sektor swasta dalam kemajuan dan aplikasi teknologi kuantum.

“Sektor swasta memainkan peranan sebagai peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan serta memacu inovasi yang akan membentuk landskap masa depan keupayaan kuantum.

“Kerjasama berkenaan dapat memastikan pembangunan teknologi kuantum sejajar dengan keutamaan keselamatan negara dan pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Siber Siaga 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Tahun ini merupakan siri ketiga penganjuran Siber Siaga sejak dilancarkan secara rasmi pada tahun 2022.

Program itu adalah sebahagian daripada usaha Mindef untuk meningkatkan keselamatan siber dalam menghadapi ancaman keselamatan siber.

Katanya, kerajaan sentiasa merancang pelan dan memastikan keselamatan ekosistem siber negara relevan malah mampu meramal sebarang ancaman yang mendatang.

“Kesan teknologi kuantum boleh menjadi transformasi seperti internet dengan potensi untuk meningkatkan pelbagai sektor,” katanya.

Adly berkata, untuk itu kita perlu bersedia menghadapi masa depan yang didayakan oleh kuantum dan mengurangkan risiko serangan siber.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI