fbpx

Hukuman penjara menanti perusuh – PM Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan polis mengawal sebuah masjid dalam rusuhan di Southport, 30 Julai lalu. - Foto AFP

LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer memberi amaran kepada perusuh bahawa mereka akan dikenakan hukuman penjara sebelum akhir minggu ini, lapor akhbar Metro UK semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa tindak balas kecemasan atau Cobra, Starmer berkata, kumpulan perusuh akan dikenakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas ke atas mereka.

Setakat ini, lebih 400 orang telah ditangkap dan 100 daripada mereka didakwa.

Tangkapan itu dibuat selepas beberapa hari kekacauan berlaku di sekitar England berikutan pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan di Southport.

Ia dicetuskan oleh maklumat palsu yang tersebar di internet bahawa suspek ialah seorang pencari suaka dan beragama Islam.

“Tiada sesiapa harus terlibat dalam kekacauan ini,” kata Starmer.

Kenyataan itu dibuat ketika 28 perusuh hadir di mahkamah semalam atas dakwaan melakukan gangguan ganas selepas rusuhan di Middlesbrough.

Mereka di samping 20 yang lain, dibawa ke kandang tertuduh Mahkamah Majistret Teesside.

Awal semalam, seorang remaja berusia 18 tahun dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman selama dua bulan kerana terlibat dalam gangguan ketenteraman awam di Bolton pada Ahad lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI