fbpx

Purata 35 kes kebakaran terbuka dilapor setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MARANG – Kebakaran terbuka meningkat mendadak kepada 1,800 kes pada bulan lalu ekoran peningkatan suhu cuaca di beberapa kawasan di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, ia peningkatan drastik berbanding 610 kes sama yang diterima pada bulan Jun lalu.

“Panggilan kecemasan berhubung kes kebakaran terbuka telah meningkat berganda sejak bermula Monsun Barat Daya.

“Sehingga 6 Ogos (kelmarin), sebanyak 17,691 kes kebakaran terbuka dilaporkan berlaku di seluruh negara sejak awal tahun ini,” katanya selepas menyaksikan majlis penutup pertandingan Kawad Kecekapan JBPM di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai di sini semalam.

Nor Hisham berkata, kebakaran terbuka itu banyak melibatkan belukar dengan 12, 850 kes diikuti tapak pelupusan haram atau pembakaran sampah sarap (2, 295 kes) serta hutan (1,693 kes).

Tambah beliau, JBPM telah menerima 3,200 panggilan kecemasan berhubung aduan kebakaran terbuka terbabit sejak awal tahun ini dengan purata 35 insiden bsetiap hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI