fbpx

‘Adam beritahu motosikalnya dikejar anjing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAZRIN (kiri) menunjukkan rakaman CCTV kemalangan meragut nyawa ibunya di Jalan Pusat Perniagaan Silibin 1, Ipoh Isnin lalu.

.IPOH – Cuba mengelak anjing liar di tengah jalan dipercayai punca motosikal ditunggang wanita warga emas hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Pusat Perniagaan Silibin 1, di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 7.15 itu menyebabkan mangsa, Rohani Mek, 69, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Anak mangsa, Sazrin Mohd. Mohtar, 48, berkata, kejadian menimpa ibunya itu dibuktikan melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran yang menunjukkan terdapat seekor anjing melintas di hadapan motosikal ibunya.

Katanya, kejadian berlaku ketika ibunya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar cucunya, Adam Mikail Shaizul Nizam, 11, ke Sekolah Kebangsaan (SK) Silibin.

“Kalau lihat rakaman CCTV memang banyak anjing liar berkeliaran dan kejar pengguna jalan raya. Malah, Adam beritahu motosikal mereka dikejar anjing ketika dalam perjalanan ke sekolah,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Tengku Hussin Baru, Silibin di sini hari ini.

Tambah Sazrin, pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Perkhidmatan Vaterinar digesa mengambil tindakan berhubung anjing liar yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI