fbpx

Bukan hilang tapi tersalah turun lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tular mendakwa seorang kanak-kanak hilang di sebuah kediaman di Kajang, semalam.

KAJANG – Seorang kanak-kanak perempuan didakwa hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini, semalam ditemui dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kanak-kanak tersebut tidak hilang tetapi tersilap menggunakan lif kediaman tersebut ketika hendak pulang rumahnya.

“Kanak-kanak ini tidak hilang. Ketika pulang mengaji telah tersilap turun lif dan sampai ke tingkat paling bawah sebelum tidak dapat naik semula ke rumahnya.

“Dia juga dijumpai pada hari yang sama sekitar pukul 10 malam oleh ahli keluarga yang berdekatan dengan rumahnya,” katanya ringkas malam ini.

Terdahulu, tular hantaran seorang pengguna di media sosial mendakwa seorang kanak-kanak perempuan hilang sekitar pukul 8.30 malam di sebuah kediaman, di sini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI