fbpx

297 individu ditahan ingkar SOP PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 297 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 294 individu yang ditahan itu telah dikompaun manakala tiga lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk aktiviti pusat hiburan (103), tidak memakai pelitup muka (95), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (75), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (21) dan lain-lain (tiga),” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, katanya, seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan empat tekong ditahan menerusi Ops Benteng semalam.

Ujarnya, turut ditahan dalam operasi berkenaan adalah empat kenderaan darat.

“Sebanyak 113 Sekatan Jalan Raya (SJR) Ops Benteng juga dilaksanakan di seluruh negara.

“Sebanyak 42 SJR Ops Benteng dan Penawar dilaksanakan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), 62 SJR oleh PDRM dan sembilan SJR (Agensi Kawalan Sempadan Malaysia),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI