fbpx

Sukan Olimpik: Atlet lamar kekasih depan Menara Eiffel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEST (kanan) melamar Lainey di depan Menara Eiffel, Paris semalam. - Foto Zach Franzen

PARIS  – Atlet Olimpik Amerika Syarikat (AS), Justin Best melamar kekasihnya dengan 2,738 kuntum  bunga ros di hadapan Menara Eiffel, lapor portal berita ENews semalam.

Dia yang merupakan atlet mendayung,  merangkul pingat emas untuk negaranya pada 1 Ogos lalu.

Lelaki berusia 26 tahun itu melamar Lainey Duncan iaitu  teman wanitanya selama lebih tujuh tahun semalam.

Ia menandakan mereka telah menjalin hubungan selama 2,738 hari. 

“Lainey, sudikah anda berkahwin dengan saya?, soal Best sambil melutut di hadapan kekasihnya.

Lainey tidak dapat berhenti tersenyum dan berkata: “Saya sangat, sangat gembira. Ini adalah hari terbaik dalam hidup saya.”  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI