fbpx

Meta hanya senyum simpul pada Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tidak boleh terima alasan diberikan Meta Platforms Inc (Meta) berhubung tindakan penggantungan siaran langsung disiarkan di Facebook (FB) melalui akaun Berita RTM yang menyiarkan Himpunan Pembebasan Palestin, Ahad lalu.

Menurutnya, syarikat gergasi teknologi itu menggunakan alasan lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi pada himpunan berkenaan telah melanggar hak cipta.

“Dalam bab ini, saya tidak boleh terima penjelasan mereka. Mereka mengatakan ada isu hak cipta membabitkan satu lagu dinyanyikan oleh Faizal Tahir.

“Tapi kenapa hanya siaran dari (akaun FB) Berita RTM disekat tetapi bukan sebagai contoh (akaun FB) Harian Metro, ia bersiar seperti biasa dan tak ada sekatan,” katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan kementerian, di sini hari ini.

Ditanya apa reaksi Meta apabila beliau tidak menerima alasan itu, Fahmi dengan nada sinis berkata: “Mereka (Meta) hanya senyum simpul.” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI