fbpx

Belum setahun kahwin, wanita dibakar suami selepas disyaki curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek mengaku membunuh mangsa. - Gambar hiasan

LAHORE, PAKISTAN – Seorang wanita dibakar hidup-hidup oleh suaminya selepas dia disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, lapor laman berita India Today.

Kejadian berlaku di wilayah Punjab, Pakistan pada 28 Julai lalu.

Suspek, Ali Raza, didakwa membunuh isterinya, Saba Iqbal yang berusia 19 tahun di Bahawalnagar, selepas dia mengesyaki wanita itu mempunyai teman lelaki.

Menurut polis, suspek dan mangsa berkahwin kira-kira lapan bulan lalu.

“Tidak lama selepas berkahwin, suspek mula mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.” kata polis.

Menurut bapa mangsa, suspek memberitahunya menerusi panggilan telefon pada 28 Julai lalu bahawa mangsa lari dari rumah selepas mereka bertengkar.

Mangsa kemudian gagal dikesan.

Polis berkata, pihaknya menemui mayat mangsa yang rentung di sebuah padang pada keesokan harinya.

Selepas ditahan, suspek mengaku memukul mangsa pada hari kejadian sebelum membakar wanita itu hidup-hidup dan membuang mayatnya di sebuah padang.

“Dalam pengakuannya, suspek mengaku membunuh mangsa selepas mendapat tahu dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain,” kata polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI