fbpx

Hartalega kembali catat untung RM32 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isu pengangkutan global menjadi satu faktor kelewatan kepada Hartalega untuk memenuhi permintaan pelanggan. –gambar hiasan

PETALING JAYA – Hartalega Holdings Berhad (Hartalega) memulakan tahun kewangannya dengan mencatat keputusan positif apabila menjana untung selepas cukai berjumlah RM32 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2024.

Prestasi ini menunjukkan syarikat telah berjaya pulih da­ripada defisit yang dicatatkan pada suku tahun yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Untung sebelum cukai bagi suku tahun dalam tinjauan meningkat kepada RM41 juta berbanding kerugian RM45 juta manakala hasilnya meningkat sebanyak 33 peratus kepada RM584 juta daripada RM440 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong berkata, keputusan prestasi Kumpulan yang memberangsangkan bagi suku tahun dalam tinjauan ini dipacu oleh pemulihan dalam jumlah jualan dan peningkatan purata harga jualan (ASP) dalam tempoh tersebut.

Menurut beliau, keuntungan disokong selanjutnya oleh kos operasi lebih rendah yang dicapai ekoran peningkatan tahap kecekapan pengeluaran, seiring dengan penggunaan kapasiti lebih tinggi.

“Dalam persekitaran yang sukar ini, kami didorong oleh permintaan yang meningkat secara beransur-ansur, disokong oleh rasionalisasi kapasiti strategik oleh peserta industri utama dan stok inventori yang semakin berkurangan.

“Di samping itu, langkah-langkah peningkatan kecekapan operasi kami terus menghasilkan keputusan yang positif.”

“Walaupun mencapai pemulihan prestasi, kami masih mengalami kesan kelewatan penghantaran disebabkan kekangan pengangkutan global,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Mun Leong menerangkan, bagi Rancangan Strategik 5-Tahun Kumpulan, pihaknya perlu memastikan tumpuan diberikan kepada bidang pen­ting termasuk mengoptimumkan kecekapan operasi dan kos, meningkatkan automasi dan mengekalkan kepimpinan dalam pematuhan sosial dan kelestarian.

“Meramalkan tahap permintaan yang lebih kukuh, kami akan terus meningkatkan kapasiti pengeluaran secara strategik sambil akur terhadap dinamik pasaran.

“Walaupun menghadapi tekanan luaran, kami menjangkakan permintaan sarung tangan akan terus naik ke paras prapandemik dan selanjutnya dipacu oleh perkembangan keperluan penjagaan kesihatan serta ke­sedaran tentang kebersihan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI