BELUM pernah mendedahkan identiti anak angkatnya Lily, hos popular Raffi Ahmad akhirnya membuka mulut mengenai pertemuan pertama dengan bayi comel itu.
Katanya, awalnya dia dan isteri, Nagita Slavina bertemu dengan seorang kenalan mereka yang menguruskan sebuah rumah anak yatim di Bali.
Mengenangkan mereka sangat inginkan anak perempuan, rakan terbabit memberi perkhabaran tentang seorang bayi yang baru dilahirkan namun tiadayang mahu menjaganya.
“Waktu itu bulan puasa, ada seorang teman memaklumkan ada sebuah rumah anak yatim di Bali yang sedangkan berusaha mencari ibu kandung seorang bayi tetapi usaha mereka tidak berhasil.
“Jadi kami ke lokasi disebutkan dan menemui anak kecil itu. Terus kami jatuh kasih dengan bayi yang kami panggil Lily itu,” katanya.
Begitupun, mereka merahsiakan proses adopsi daripada pengetahuan ramai, selain tidak berkongsi wajah si kecil biarpun kebelakangan ini kerap berkongsi foto dalam laman sosial.
Anak-anaknya, Rafathar dan Rayyanza juga sangat bahagia menerima Lily sebagai adik mereka.