fbpx

F1: Red Bull mula resah prestasi jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN gagal meraih kemenangan dalam empat perlumbaan berturut-turut sehingga mencetuskan kebimbangan di kem Red Bull. - AFP

MILTON KEYNES – Pasukan Red Bull Racing mula cemas dengan kemampuan jentera RB20 yang digunakan mereka pada musim 2024 selepas melihat pemandu utamanya, Max Verstappen gagal berada di pentas kemenangan dalam empat perlumbaan berturut-turut.

Walaupun Red Bull mendominasi perlumbaan pada tahun 2023 dengan memenangi hampir semua perlumbaan tetapi musim ini segalanya berubah apabila jentera RB20 menghadapi cabaran untuk mengekalkan kelebihan tersebut.

RB20 memulakan musim 2024 dengan cemerlang apabila meraih tiga kemenangan 1-2 dalam empat perlumbaan, bagaimanapun pasukan-pasukan pencabar mereka seperti McLaren dan Mercedes, semakin menunjukkan prestasi yang kompetitif.

Perubahan ini telah mendorong Red Bull untuk menilai semula jangkaan dan sasaran kepada pembangunan jentera mereka selepas ini.

Pengarah Teknikal Red Bull, Pierre Wache dilihat bimbang dengan situasi tersebut kerana RB20 tidak memenuhi jangkaan prestasi mereka dalam beberapa aspek utama.

“Jika diikutkan terdapat peningkatan berbanding tahun lalu, tetapi kami tidak mencapai apa yang kami harapkan dalam beberapa bahagian. Terutama dalam selekoh berkelajuan tinggi, kami menjangkakan lebih daripada apa yang kami ada.

“Dalam kelajuan sederhana dan kelajuan rendah kami meningkat dengan agak banyak berbanding tahun lepas. Cuma kami mengalami masalah di selekoh berkelajuan tinggi. Saya fikir kami tidak membuat peningkatan yang kami jangkakan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI