fbpx

Olimpik Paris: Duplantis tak jemu pecah rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUPLANTIS berjaya melepasi had ketinggian 6.25m pada percubaan terakhirnya dalam aksi final di Stade de France awal pagi semalam. - AFP

PARIS – Jaguh lompat bergalah Sweden, Armand Duplantis sekali lagi meleburkan rekod dunia 6.24 meter (m) miliknya selepas berjaya mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Pada aksi final di Stade de France awal pagi semalam, atlet Sweden itu melakukan catatan 6.25m menewaskan Sam Kendricks dari Amerika Syarikat (AS) yang memenangi pingat perak dengan 5.95m, manakala gangsa dimenangi wakil Greece, Emmanouil Karalis (5.90m).

Kemenangan diraih Duplantis itu menjadikan dia sebagai atlet lompat bergalah paling berjaya dalam sejarah apabila sudah sembilan kali meleburkan rekod dunia selain menjadi juara dunia sebanyak dua kali.

“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata mengenai perasaan saya pada ketika ini. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat memastikan kemenangan walaupun pada awalnya berdepan cabaran sukar.

DUPLANTIS berjaya melepasi had ketinggian 6.25m untuk mencipta rekod dunia baharu buat kali kesembilan dalam kariernya pada final Olimpik Paris di Stade de France awal pagi semalam. – OLYMPIC

“Walaupun sudah mendahului atlet-atlet lain, namun saya tidak benarkan diri sendiri rasa terlalu selesa sehinggalah saingan tamat. Amat penting untuk berada pada tahap terbaik ketika diperlukan,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga menjadi atlet kedua dalam sejarah Olimpik berjaya mempertahankan pingat emas lompat bergalah selepas jaguh AS, Bob Richards melakukannya pada edisi 1952 dan 1956.

“Saya juga gembira kerana dapat memahat nama dalam sejarah. Saya fikir faktor nasib turut menyebelahi saya pada aksi final hari ini (semalam) dan ia adalah sesuatu yang sangat istimewa,” ujar Duplantis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI