fbpx

Olimpik Paris: Trio Great Britain lebur rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARCHANT (dari kiri), Capewell dan Finucane meraikan kejayaan meraih pingat emas pecut berpasukan wanita awal pagi tadi. - AFP

PARIS – Emma Finucane mengemudi kejayaan Great Britain meraih pi­ngat emas pertama berbasikal trek pada Sukan ­Olimpik Paris 2024 dalam acara pecut berpasukan wanita awal pagi tadi dengan mencipta rekod dunia baharu.

Trio dibarisi Finucane, Sophie Capewell dan Katy Marchant mengungguli Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines dengan ca­tatan 45.186 saat (s) menewaskan New Zealand di tempat kedua sementara Jerman meraih gangsa.

Ia adalah emas pertama Great Britain sejak acara itu kembali pada edisi London 2012 selan kemenangan tersebut turutmelengkapkan hari luar biasa yang menyaksikan rekod dunia di­pecah berulang kali.

Great Britain yang pertama memecahkan rekod milik China pada pusingan kelayakan dengan masa 45.472s.

Namun, ia dipecahkan sekali lagi oleh Jerman pada pusingan pertama dan beberapa minit kemudian New Zealand mengatasinya sebelum Great Britain kembali memegang rekod itu dengan 45.338s.

Dengan kejuaraan menjadi pertaruhan, Great Bri­tain sekali lagi mencipta rekod dunia ketika final menentang New Zealand dengan Finucane tenang melakukan kayuhan emas pada pusingan terakhir.

“Kami berjaya mengungguli perlumbaan final ini dan saya percaya dengan keupayaan kami sebelum melakukannya. Saya seperti tidak percaya kami dapat melaksanakan pusingan satu, dua dan tiga dengan cukup sempurna sebelum melintasi garisan penamat sebagai pemenang.

“Ia satu mimpi yang menjadi kenyataan dan dapat berada di samping mereka (rakan sepasukan) memang luar biasa,” kata Finucane.

Sebagai rekod, Finucane merpakan wajah baharu sukan berbasikal Great Britain selepas dia mencuri tumpuan dengan memenangi acara pecut pada Kejuaraan Dunia di Glasgow tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI