fbpx

Lapan kawasan PKPB dilanjutkan hingga 14 Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak lapan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara dilanjutkan sehingga 14 Januari depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan terlibat ialah di Mukim 12 Barat Daya dan Mukim Laut di Pulau Pinang, seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seremban dan seluruh Sabah.

Dua lagi kawasan PKPB, menurut beliau, ialah di daerah Johor Bahru dan Batu Pahat, Johor.

“PKPB di Port Dickson, Kulai, Ipoh dan Chemor, Mukim Hulu Kinta pula ditamatkan pada 28 Disember (hari ini).

“PKP Diperketatkan di Depot Tahanan Imigresen Langkap dan Kuarters Kakitangan Hilir Perak serta Penjara Kluang dan Kuarters Penjara Kluang dilanjutkan hingga 14 Januari depan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ujar beliau, PKPD Madrasah Daril Naim Padang Halban, Kota Bharu, Kelantan dikuatkuasakan 29 Disember (esok) hingga 11 Januari 2021.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sambutan tahun baharu 2021 secara perhimpunan yang melibatkan orang ramai adalah dilarang sama sekali.

Bagaimanapun, katanya, tiada masalah sekiranya sambutan itu dilaksanakan secara persendirian di kediaman masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI