PETALING JAYA- Vivo Malaysia terus memantapkan kempen tanggungjawab sosial (CSR) apabila mendermakan lebih RM10,000 menerusi kempen Dream Field 2.0 kepada sekolah terlibat di seluruh negara.
Melalui kempen Dream Field 2.0 itu, Vivo berjaya mendermakan lebih RM10,000 dalam bentuk peralatan bola sepak termasuk jersi dan kasut untuk setiap telefon pintar Vivo V30 Siri yang terjual sepanjang tempoh kempen.
Sebanyak lima sekolah di seluruh negara telah dipilih untuk menyertai program itu dengan matlamat utama iaitu memperkasa atlet muda dengan peralatan penting untuk cemerlang dalam sukan mereka.
Dengan melabur dalam atlet muda dan meningkatkan kemudahan sekolah, Vivo turut berharap dapat menginspirasi generasi bintang bola sepak, seterusnya mewujudkan impak berkekalan kepada komuniti.
Berdasarkan kejayaan inisiatif Dream Field yang pertama pada tahun 2021 yang memberi tumpuan kepada sokongan atlet bola sepak kurang upaya, Dream Field 2.0 turut memperluas jangkauannya untuk memberi manfaat kepada lebih ramai individu muda.
Kempen itu bukan sahaja menyediakan sumber penting tetapi juga bertujuan untuk memupuk budaya sukan yang lestari di sekolah-sekolah.
Ia turut menggalakkan pelajar untuk menerima aktiviti fizikal dan kerjasama berpasukan.
Dedikasi Vivo terhadap kecemerlangan melangkaui usaha kebajikannya di mana syarikat itu baru-baru ini turut mencapai pencapaian luar biasa di pasaran telefon pintar China dengan memperoleh 17.93 peratus bahagian pasaran dan 11.95 juta unit diaktifkan pada suku kedua 2024.
Ini mewakili pertumbuhan tahunan yang ketara sebanyak 7.17 peratus, sekali gus mengukuhkan kedudukan Vivo sebagai kuasa dominan dalam industri ini.
Vivi kekal komited kepada peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dan akan terus meneroka peluang untuk menyokong pembangunan belia dan inisiatif komuniti.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi dan laman media sosial vivo Malaysia.
Untuk rekod, kempen CSR Dream Field 2.0 telah berlangsung dari 6 Jun hingga 14 Julai 2024.
Selaras dengan semangat UEFA EURO 2024, kempen itu bertujuan untuk menginspirasi golongan muda Malaysia untuk mengejar minat mereka dalam bola sepak sambil menyumbang kepada pembangunan infrastruktur sukan di sekolah-sekolah. – KOSMO! ONLINE