PETALING JAYA – Cacing pita atau tapeworm cenderung menjangkiti individu yang gemar mengambil makanan tidak dimasak sepenuhnya seperti sushi dan stik daging.
Sehubungan itu, pakar perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan menjelaskan enam petanda amaran menandakan kehadiran cacing penuh dalam badan.
Katanya, dari segi fizikal perubahan ketara yang jelas berlaku adalah berat badan menurun secara mendadak selain timbul ruam-ruam gatal pada kulit.
“Petanda amaran lain termasuklah wujudnya cacing pada najis, hilang selera makan, kerap lapar selepas makan dan kerap rasa gatal pada lubang dubur,” jelasnya menerusi perkongsian di kumpulan Telegram.
Bagaimanapun, bagi mereka yang mengalami sipmtom tersebut, dinasihatkan untuk memulakan rawatan dengan mengambil ubat cacing yang boleh didapatkan daripada farmasi atau berjumpa dengan pakar. – KOSMO! ONLINE