fbpx

Nelayan melecur rumah pusaka terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Jalan Tanjung, Endau Mersing sehingga menyebabkan seorang penghuninya melecur. Foto IHSAN BOMBA

MERSING – Seorang nelayan terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas melecur ekoran rumah pusaka keluarga didiami hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Tanjung, Endau di sini tengahari tadi.

Adik mangsa, Norhasimah Ali, 51, berkata abangnya, Zulhamili, 54, kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas melecur di bahagian badan, tangan dan kepala.

“Abang duduk berseorangan di rumah ibu bapa kami selepas bercerai. Setiap hari anak saya akan hantar makanan di rumah abang. Pagi tadi kira-kira 9.30 ketika anak hantar nasi dia berada dalam keadaan baik.

“Kira-kira pukul 12.30 tengahari abang datang ke rumah kami yang terletak selang sebuah rumah di belakang dalam keadaan menjerit-jerit kesakitan.

“Ketika itu kami lihat badannya melecur, tangannya berdarah, muka dan kepalanya terdapat kesan melecur sedikit,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Katanya, Zulhamili sempat duduk di rumahnya dan meminta air sementara menanti ambulans sampai untuk membawanya ke klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Jelasnya, dia difahamkan Zulhamili kini berada dalam keadaan stabil di hospital.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Penyelamat Endau Mohd Alias Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 12.20 tengahari sebelum bergegas ke lokasi bersama lapan anggota dengan sebuah jentera serta kenderaan utiliti.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal yang terbakar 90 peratus. Terdapat seorang mangsa cedera melecur dibahagian tangan dan badan.

“Mangsa telah keluar dari rumah sebelum pasukan keselamatan sampai di lokasi. Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan anggaran kerugian,”katanya dalam satu kenyataan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI