fbpx

Kerja-kerja pengerukan lumpur di perairan Kuala Perlis bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pengerukan mendapan lumpur di perairan Kuala Perlis termasuk berdekatan Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis dilakukan bulan ini. - gambar hiasan

KUALA PERLIS – Kerja-kerja pengerukan bagi mendalamkan alur pelayaran feri yang kembali cetek akibat mendapan lumpur di perairan Kuala Perlis akan dilakukan pada bulan ini.

Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Abd Majid Rais berkata, kerja-kerja itu dianugerahkan kepada sebuah syarikat melalui tender terbuka dengan surat setuju telah ditandatangani pada 15 Julai lalu.

“Satu kontrak selama selama 10 bulan telah dianugerahkan kepada syarikat tersebut bermula 1 Ogos hingga 31 Mei 2025 bagi memulakan projek,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya sentiasa memastikan keselamatan penumpang yang menggunakan Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis.

Sementara itu, menurutnya, situasi terkini terminal tersebut adalah sama seperti seperti siaran akhbar daripada operator feri iaitu Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. iaitu feri selamat berlabuh ketika air pasang 1.4 meter ke atas.

“Terdapat pendapat mengatakan mendapan selut dari hulu membawa bahan terampai lalu mendap dan berkumpul di basin jeti penumpang Kuala Perlis adalah faktor penyebab menjadi cetek.

“Buat masa ini, tiada kajian bagi masa terdekat, bagaimanapun untuk mengatasi masalah alur pelayaran dalam jangka masa panjang, JLM kini dalam usaha memiliki kapal keruk dan menjalankan sendiri kerja-kerja pengerukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI