fbpx

RTB tawar platform e-pembelajaran, EnGo tingkat kawal sedia, tadbir urus kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faudzi (tiga dari kanan) dan Wei Deong (tiga dari kiri) pada majlis pemeteraian MoA antara RTB dengan RAMS Edutech di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Rakyat Trustee Berhad (RTB) mengunjurkan lebih daripada 30 peratus koperasi di negara ini bakal melanggan perkhidmatan terbaharunya dalam bidang platform e-pem­belajaran pematuhan iaitu EnGo dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan masyarakat tentang kawal selia serta tadbir urus kewangan.

Pengarah Urusan RTB, Faudzi Mt Din berkata, kursus ini memfokuskan kepada Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dinamakan EX­CEL17A yang menangani keper­luan dan implikasinya selain meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab individu yang terlibat dalam industri berkenaan mengambil langkah perlu untuk mencegah rasuah serta mematuhi undang-undang.

Platform EnGo disasarkan kepada semua individu yang terlibat dalam industri penyediaan perkhidmatan kewangan dan buat permulaan ia akan difokuskan kepada semua ejen RTB dan seterusnya disasarkan kepada semua koperasi yang sedang aktif beroperasi.

“Kesemua ejen kami yang seramai 500 orang akan mengikut program latihan ini, dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pe­meteraian memorandum perjanjian (MoA) antara RTB dengan RAMS Edutech Sdn. Bhd. (RAMS Edutech), anak syarikat Ramssol Group Berhad (Ramssol) di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ramssol, Datuk Seri Ts. Clement Tan Chee Seng dan Ketua EduTech, Ir. Dr. Leong Wei Dong.

Melalui perjanjian tersebut, RTB akan mengetuai urusan pemasaran dan promosi EnGo serta kursus tadbir urus melalui rangkaian agensinya di seluruh negara.

Ini dilihat sebagai cabang perniagaan baharu syarikat untuk membantu meningkatkan perkhidmatan, kecekapan operasi serta kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran.

Faudzi menjelaskan, koperasi adalah sasaran awal pihaknya kerana ia terdiri daripada pengurusan yang terlibat secara khusus dalam penawaran per­khidmatan kewangan, pembiayaan pinjaman, Ar Rahnu dan bidang lain yang boleh terdorong untuk melakukan salah laku berkaitan salah guna dan pecah amanah.

Selain itu, Wei Dong me­nerangkan, EnGo yang merupakan pembelajaran secara inte­raktif akan melibatkan lima kursus dalam satu program yang mengambil masa selama enam sahaja.

Menurut beliau, ia adalah kursus secara interatif yang tidak akan membosankan peserta dalam masa yang fleksibel malah memberi kelainan untuk peserta fokus kepada pembelajaran tersebut.

Mengulas lanjut, harga minimum pakej yang ditawarkan hasil kerjasama tersebut adalah RM249 untuk seorang peserta. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI