fbpx

Hukuman lebih berat ceroboh Taman Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUCHING – Sarawak akan meminda Ordinan Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi 1998 termasuk Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 untuk mempertingkatkan pengurusan taman semula jadi di negeri ini sekali gus memperkenalkan denda yang lebih tinggi serta hukuman penjara.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kajian mengenai perkara itu sedang dijalankan dan sebaik selesai serta disyorkan oleh Peguam Negara, ia akan dibincangkan dalam kabinet negeri sebelum dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk pindaan.

Beliau menegaskan, walaupun Sarawak mempunyai undang-undang yang memberi tumpuan kepada bidang berkaitan, namun ia masih tidak mencukupi dalam mengenakan hukuman berat ke atas pihak yang menceroboh atau memusnahkan kawasan Taman Negara dan Taman Semula Jadi.

Menurutnya, negeri ini telah menyaksikan sejumlah besar pencerobohan di Taman Negara dan Taman Semula Jadi.

Justeru, katanya menerusi pindaan baharu itu nanti, ia akan mengenakan penalti yang lebih berat termasuk hukuman penjara bagi pesalah.

“Sebagai contoh di Thailand, pemburu haram membunuh gajah hanya untuk gadingnya, yang tidak dapat diterima.

“Sebelum kejadian seperti itu berlaku di sini, kita perlu mempunyai undang-undang yang kukuh untuk melindungi alam sekitar dan semula jadi kita,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kongres Herpetologi Dunia Ke-10 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI