fbpx

Gambar rai Krismas dikecam, Awal Ashaari beri alasan ikut logik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AWal bersama Scha dan anak mereka Lara.

PETALING JAYA – Isu orang Islam sambut Hari Krismas bukan lagi perkara asing setiap kali tibanya sambutan perayaan utama masyarakat beragama Kristian itu.

Jika penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah pun mengundang kemarahan peminat yang tidak gembira melihat bintang Muslim itu berkongsi gambar ucapan Hari Natal bersama keluarganya, di Malaysia, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya turut berdepan nasib sama.

Semuanya gara-gara Awal berkongsi gambar meraikan sambutan Hari Krismas menerusi Instagramnya. Dalam perkongsian tersebut, Awal yang memakai topi Santa Claus bergambar bersama isteri dan anak perempuan mereka Lara Alana berlatar belakang pokok hiasan Krismas.

Kurang senang dengan perkongsian berkenaan, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Awal dan Scha yang didakwa menyambut perayaan tersebut.

AWAL bersama Scha dan anak mereka Lara berkunjung ke rumah seorang sahabat mereka sempena Krismas baru-baru ini,

Antara komen yang ditinggalkan netizen menerusi ruangan komen adalah pertanyaan tentang kewajaran sambutan Krismas bagi seorang Muslim.

Sedangkan menerusi kapsyen yang ditulis Awal, dia sudah memaklumkan bahawa gambar tersebut diambil di kediaman rakan mereka.

Menerusi InstaStory beberapa jam lalu, Awal memberitahu mereka cuma memenuhi jemputan keluarga rakan sekolah anaknya yang menyambut Krismas Jumaat lalu.

“Sebagai seorang rakan, ketika ada sesuatu perayaan, mesti kita akan dijemput dan kita juga ingin menziarah. Tuan rumah tetapkan etika pakaian, kita ikut untuk hormat permintaan mereka.

“Sama macam hari raya. Kawan-kawan Cina, India dan Kristian akan datang beraya ke rumah kita memakai baju Melayu, kebaya dan ada yang memakai jubah.

“Mereka juga akan menjamu selera makan ketupat rendang yang mak kita masak sampai tidak tidur pada malam itu,” tulisnya.

Tambah pengacara Melodi itu lagi, orang bukan beragama Islam sangat menghormati agama Islam dengan menyediakan makanan yang dibeli di restoran halal.

“Mereka tidak minum pun depan kita sebab hormat. Bila mahu bergambar, mereka akan cari tempat yang cantik, contohnya di dinding yang kita gantung kad raya, ketupat plastik dan lampu kelip-kelip.

“Mereka muat naik dalam Instagram untuk ucap dan cakap terima kasih kerana dijemput. Bila mereka pulang, mereka masih dalam agama asal mereka iaitu Buddha, Hindu mahupun Kristian.

Mereka tidak automatik jadi Islam.

“Cuba putarkan situasi tersebut dan anda akan dapat jawapannya,” kata Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari penuh makna.

Perkongsian Awal bagaimanapun mendapat perhatian seorang pendakwah bebas Ustaz Alfauzan yang memberi teguran secara terbuka menerusi Twitternya.

Kata Fauzan, dakwah dan kebenaran tentang aqidah serta tauhid perlu diperkasakan dalam kalangan masyarakat.

“Masih ramai yang perlu disampaikan. Mereka ini boleh membuatkan orang terpengaruh.

“Rasanya mereka perlu difahamkan bagaimana beza hromat dalam bab perhubungan dengan keagamaan.

“Kenapa selalu orang Muslim terlebih peduli sedangkan agama lain sekilas tulisan Jawi pun mereka melompat? Jadilah Muslim yang mampu berkata ‘lakum dinukum waliyadin’,” tulisnya. –

K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI