fbpx

Bicara kes saman ibu model Belanda bermula 14 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Ivana

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 hari bermula 14 Oktober bagi perbicaraan kes saman yang difailkan ibu model Belanda, mendiang Ivana Esther Robert Smit terhadap polis, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Datuk S.N. Nair, yang mewakili ibu Ivana, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen pada pengurusan kes itu hari ini.

Menurut peguam itu, tarikh-tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain itu ialah 14 hingga 16, 21 hingga 23 dan 28 hingga 30 Oktober.

Tarikh seterusnya ialah pada 4 hingga 6, 11 hingga 13, dan 18 hingga 20 November 2024.

“Pihak kami telah memfailkan dokumen-dokumen berkaitan kes ni dan bersedia untuk menjalankan perbicaraan. Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 28 Ogos ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Christina Carolina, 60 selaku plaintif memfailkan saman itu pada pada 20 November 2020, terhadap Ketua Polis Negara, Pegawai Penyiasat Dang Wangi Asisten Superitendan Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia selaku defendan.

Saman itu berhubung atas dakwaan melanggar kewajipan statutori dan cuai dalam siasatan bagi menentukan punca kematian anak perempuannya.

Pada 7 Disember 2022, Mahkamah Tinggi menolak permohonan polis dan kerajaan untuk membatalkan saman yang difailkan plaintif atas alasan kes tersebut tidak sesuai dibatalkan kerana terdapat persoalan serius yang perlu dihujahkan melalui perbicaraan penuh.

Sebelum ini, Mahkamah Koroner pada 18 Mac 2019, memutuskan kematian Ivana disebabkan misadventure (kematian akibat nahas).

Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Koroner, wanita itu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan pada 22 Novemner 2019.

Hakim Collin Lawrence Sequerah mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner serta menggantikannya dengan ‘kematian yang disebabkan oleh seorang individu atau beberapa individu yang tidak dikenali’ dan memerintahkan Peguam Negara mengarahkan Polis Diraja Malaysia memulakan siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI