fbpx

Korea Utara pindah 250 pelancar peluru berpandu ke sempadan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR semalam menunjukkan majlis pemindahan 250 pelancar roket taktikal yang berlangsung di Pyongyang, Korea Utara. – AFP 

PYONGYANG – Pemimpin tertinggi, Kim Jong-un menyelia penghantaran 250 pelancar peluru berpandu balistik ke barisan hadapan di sempadan selatan Korea Utara, lapor media rasmi hari ini semalam.

“Majlis pemindahan 250 pelancar peluru berpandu balistik taktikal jenis baharu  ke unit sempadan berlangsung di ibu negara, Pyongyang semalam,” demikian menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) dengan Jong-un mengetuai acara itu.

Pelancar peluru berpandu itu adalah ‘senjata serangan taktikal terkini’, Jong-un dipetik sebagai berkata dalam satu ucapan, sambil menambah, beliau sendiri mereka bentuk misil tersebut.

Hubungan antara Korea Utara dan Korea Selatan berada pada tahap paling buruk dalam tempoh bertahun-tahun selepas Pyongyang meningkatkan ujian senjata dan menghujani Korea Selatan dengan belon sampah.

Korea Selatan bertindak balas dengan menyambung semula siaran propaganda di kawasan sempadan, menggantung perjanjian ketenteraan untuk meredakan ketegangan dan memulakan semula latihan tembakan peluru hidup di sempadan.

Tahun ini, Pyongyang mengisytiharkan Korea Selatan sebagai musuh utamanya dan mengancam perang terhadap Seoul sekali pun cuma 0.001 milimeter wilayahnya diceroboh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI