fbpx

[VIDEO] Melambung rempuh mat rempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang tular di media sosial

PETALING JAYA – Sekumpulan mat rempit melambung selepas merempuh penunggang lain yang terlebih dahulu terlibat kemalangan di Klang malam tadi.

Kejadian kemalangan itu berjaya dirakam sebelum tular dalam media sosial sejak malam tadi.

Menerusi rakaman video berdurasi 17 saat itu, kelihatan beberapa motosikal dan penunggang berada di tengah jalan kerana terlibat kemalangan.

Tidak lama kemudian sekumpulan penunggang lain dilihat melalui jalan tersebut dalam keadaan laju merempuh mangsa kemalangan yang terbaring di tengah jalan.

Keadaan itu menyebabkan dua buah motosikal serta penunggangnya melambung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI