fbpx

Rakyat Malaysia beri mandat untuk bantu Palestin – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam tadi.

PETALING JAYA – Mandat yang diberikan oleh rakyat Malaysia akan terus digunakan oleh kerajaan untuk melakukan sebaik mungkin membantu meringankan beban rakyat Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Himpunan Pembebasan Palestin di Bukit Jalil malam tadi, malah menunjukkan solidariti tidak berbelah bagi Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Sewaktu kita mahu Malaysia menjadi negara yang kuat dalam ekonomi dan politik, saya juga ada perasaan di mana kekejaman berterusan harus dihentikan segera.

“Moga kebersamaan dalam himpunan ini terus menjadi kekuatan kita dalam menzahirkan solidariti tidak berbelah bagi perjuangan sah kemerdekaan rakyat Palestin,” ujarnya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, beliau semasa menyampaikan pidato pada himpunan berkenaan menyatakan tentang kepentingan untuk terus bersuara tanpa henti dan jemu terhadap isu Palestin dan Gaza.

Kata Anwar, beliau turut memaklumkan pendirian Malaysia adalah jelas iaitu konsisten dan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan Gaza untuk bebas merdeka dari cengkaman dan penindasan rejim Zionis Israel.

“Malah kerajaan juga sedia membawa pulang sebahagian wanita dan kanak-kanak di Palestin yang cedera atau sakit untuk mendapatkan rawatan di negara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI