fbpx

Pemain bola sepak bawa kerambit dalam padang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular memaparkan seorang pemain bola sepak didakwa menggunakan kerambit dalam pergaduhan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak.

PETALING JAYA – Seorang pemain bola sepak daripada pasukan Farouk FT mencetus kekecohan apabila didakwa membawa senjata seperti kerambit ketika di dalam satu perlawanan bola sepak.

Melalui beberapa gambar yang tular di media sosial, dikatakan kejadian itu berlaku di padang KLFA, Melawati pada 12.30 tengah malam tadi.

Pemain berkenaan didakwa sanggup bertindak di luar kawalan dengan menggunakan barangan tajam apabila tercetus pergaduhan antara mereka ketika perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun difahamkan tiada sebarang kecederaan berlaku dan pergaduhan tersebut berjaya dileraikan.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pemain tersebut selain meminta pihak berkuasa menyiasat kejadian terbabit.

“Dah gila gamaknya, ini boleh dicaj bawah senjata berbahaya dan lebih teruk lagi cubaan membunuh,” kata Icc.

“Macam dah rancang awal saja ni. Takkan saja-saja nak bawa, mesti ada target,” kata Nadzrin.

“Kejap lagi dah kena kutip mulalah buat muka sedih minta belas kasihan suruh tarik balik repot,” kata Ayie.

“PDRM tolong tangkap pemain ini, nak jadi apa sampai bawa senjata main bola je pun,” kata Im. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI