fbpx

[VIDEO] Van jenazah bukan dicuri, penduduk salah faham – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular van jenazah dikejar sekumpulan lelaki.

KAJANG – Sebuah video tular yang mendakwa sebuah van jenazah dicuri di Kajang baru-baru ini hanyalah salah faham dalam kalangan penduduk sehingga menyebabkan pemandunya panik selepas dikejar sekumpulan lelaki.

Difahamkan, pemandu van itu yang tersalah alamat terpaksa melarikan diri selepas dituduh mencuri dan melakukan pecah rumah di Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan sebuah video tular di TikTok @PakLiyy96 dipercayai berlaku di kawasan Hulu Langat.

Pemandu van jenazah berusia 35 tahun kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 3.58 petang semalam.

“Pengadu memandu van jenazah itu ke satu kawasan perumahan di Kajang untuk dihantar kepada mekanik (tetapi) sudah tersalah alamat jadi dia pandu perlahan.

“Namun, keadaan itu menimbulkan salah faham sehingga dia ditahan sekumpulan lelaki yang menuduhnya memandu kenderaan curi dan terbabit kes pecah rumah di kawasan berkenaan.

“Kumpulan lelaki itu cuba menyerang dan mengejar pemandu dengan kayu dan besi menyebabkan dia terpaksa melarikan diri bersama van tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pagi tadi.

Menurut beliau, semakan mendapati tiada sebarang laporan kes pecah rumah atau kecurian van jenazah dilaporkan.

Malah seorang nazir masjid yang berusia 45 tahun mengesahkan dia telah menyerahkan van tersebut kepada pengadu untuk dibaiki.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998 atas kesalahan mendatangkan kegusaran kepada orang lain.

“Kita menasihati masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi di media sosial terutama yang boleh mendatangkan kekeliruan atau mengganggu ketenteraman awam sehingga menyebabkan berlakunya ketidakharmonian dalam kalangan orang ramai.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang cuba menyebar maklumat tidak benar melalui peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@pakliyy96 Tolong tolong van jenazah kene curi pastu buat jop pecah rumah no plat van wtk 7726 area kajang#fyp #viral #kespecahrumah #fyp#viralvideo ♬ original sound – PAKLIYY96™️

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI