fbpx

Olimpik Paris: Atlet lebih rela tidur di taman daripada Perkampungan Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ceccon tidur di taman Perkampungan Olimpik. - Getty Images/Instagram/TMZ

PARIS – Pemenang pingat emas dari Itali, Thomas Ceccon, dirakam tidur di sebuah taman di Paris selepas mengadu tentang keadaan di Perkampungan Olimpik, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ceccon, 23, menyalahkan persekitaran Perkampungan Olimpik yang teruk sebagai punca kegagalannya melayakkan diri ke pusingan akhir 200 meter kuak lentang pada Rabu lepas.

Atlet Itali itu ialah antara peserta pilihan untuk acara tersebut selepas merangkul emas dalam acara 100 meter kuak lentang.

Namun, Ceccon berkata, dia ‘terlalu letih’ untuk beraksi selepas menghadapi kesukaran untuk tidur di Perkampungan Olimpik.

“Tiada penyaman udara, panas dan makanannya teruk,” kata Ceccon selepas persembahan mengecewakan dalam saringan 200 meter.

Pendayung Arab Saudi, Husein Alireza menyiarkan rakaman video di laman Instagram  menunjukkan Ceccon tidur pada waktu siang dengan berlapikkan tuala putih di Perkampungan Olimpik.

Ceccon bukan satu-satunya atlet yang mengadu tentang Perkampungan Olimpik.

Bintang tenis Amerika Syarikat, Coco Gauff mendedahkan bahawa salah seorang rakan sepasukannya memilih untuk berpindah disebabkan kawasan penginapan atlet tersebut yang sempit.

Perenang Australia, Ariarne Titmus pula berkata: “Mungkin bukan masa saya untuk beraksi (cemerlang), namun tinggal di Perkampungan Olimpik menyukarkan keupayaan untuk beraksi.”

Bekas perenang Olimpik yang juga dari Australia, James Magnussen pula menjelaskan, terdapat beberapa faktor yang menjadikan perkampungan tersebut sangat tidak selesa.

“Antaranya adalah katil kadbod yang membuatkan penghuni tidak mendapat tidur secukupnya. Tiada penyaman udara yang turut memainkan faktor utama,” ujarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI