fbpx

Ajal pemancing dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa keluar mangsa yang cedera dihempap pokok di Sungai Kechau dekat Kampung Petola di Lipis hari ini.

LIPIS – Kegembiraan tujuh pemancing berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat dihempap pokok di Sungai Kechau di Kampung Petola di sini hari ini.

Difahamkan mangsa Mohd Azliana Alias, 54, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Lipis.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya bergegas ke lokasi dan mendapati dua lelaki mengalami kecederaan akibat  dihempap pokok ketika memancing di Sungai Kechau.

“Anggota bomba menggunakan dua buah trak pikap orang awam untuk mengambil mangsa bersama dua pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan dan seterusnya dibawa keluar dari lokasi sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI