fbpx

JAS Perak hantar pasukan siasat ikan mati di Sungai Tumboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAS Perak sedang menyiasat mengenai punca ribuan ikan mati di Sungai Tumboh, Kampung Gajah yang tular di media sosial hari ini.

IPOH – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak telah menghantar sekumpulan pegawai untuk mengkaji mengenai punca ikan mati di Sungai Tumboh dekat Kampung Gajah sebagaimana tular di laman sosial facebook hari ini.

Pengarah JAS Perak, Rozli Zul berkata, siasatan awal mendapati kawasan yang terbabit dengan kematian ikan berkenaan terletak jauh dari kawasan perindustrian yang memungkinkan berlakunya pencemaran air.

“Bagaimanapun terdapat sebuah kilang memproses sawit dan kawasan pertanian terletak berhampiran lokasi.

“JAS sedang mengenal pasti punca dan mengambil sampel air di kawasan itu untuk dianalisis terlebih dahulu.

“Kita sedang melihat segala kemungkinan yang boleh menjadi punca kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, perkara sama turut dikongsi Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam laman facebook rasmi beliau.

Katanya, dia menerima beberapa keping gambar dan video menunjukkan banyak ikan mati di Sungai Tumboh, Kg Gajah.

“Saya telah minta pihak JAS menyiasat segera,” katanya.

Status yang dimuatnaik daripada Tuan Ibrahim itu mendapat 3,400 reaksi daripada warganet selain lebih 200 komen dan lebih 200 berkongsi mengenainya setakat pukul 1 tengah hari hari ini.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik itu, kelihatan ribuan ekor ikan mati dan terapung di permukaan sungai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI