PETALING JAYA – Seorang pelajar madrasah dipercayai dari Pattani, Thailand mendakwa diarahkan oleh tenaga pengajar untuk meminta sedekah bagi mengumpul dana untuk melanjutkan pengajian.
Menerusi klip video yang dimuat naik di platform X memaparkan pertemuan seorang lelaki tempatan bersama pelajar itu.
Bagaimanapun, lokasi pertemuan tersebut tidak dinyatakan.
“Saya pelajar dari Pattani, ustaz suruh minta sedekah,” katanya ketika menjawab pertanyaan lelaki tersebut.
Menurut pelajar itu, dia mempunyai dokumen yang sah untuk menjalankan kegiatan mengutip derma tersebut.
Berdasarkan video itu, pelajar terbabit menunjukkan tiga dokumen yang mana dua daripadanya dalam bahasa Melayu manakala satu dalam bahasa Thai.
Melihat kepada salah satu dokumen itu, ia menyatakan pelajar tersebut ingin memohon sumbangan dana pengajian di sebuah madrasah di Thailand.
Dokumen itu juga memaklumkan, bantuan dana itu ekoran bapa pelajar terbabit tidak sihat selain tidak boleh kerja untuk menanggung kos pengajian anaknya.
Justeru, selepas meneliti kesemua dokumen, individu berkenaan mendakwa bahawa ia merupakan kegiatan sindiket. – KOSMO! ONLINE
Geram je tengok video ni. Dari Pattani datang minta sedekah kat Malaysia. Lain macam betul ni. pic.twitter.com/bhcSYVv6jn
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) July 29, 2024