fbpx

Olimpik Paris: Yulo pemenang emas pertama Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YULO menjadi atlet Filipina kedua meraih pingat emas di pentas Olimpik selepas Diaz dengan menguasai acara senaman lantai di pentas Olimpik Paris. - AFP

PARIS – Atlet gimnastik Filipina, Carlos Yulo membanggakan rantau Asia Tenggara apabila melakar sejarah tersendiri selepas memenangi pingat emas dalam acara senaman lantai lelaki pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Menerusi pingat dimenangi, dia turut menjadi atlet Filipina kedua memenangi emas di pentas Olimpik selepas ia dilakukan buat kali pertama menerusi jaguh angkat berat wanita, Hidilyn Diaz pada edisi Tokyo 2020.

Bekas juara dunia itu melakukan rutin dengan cukup baik menerusi pendaratan-pendaratan sempurna, sekali gus mengutip 15.000 mata menewaskan Artem Dolgopyat (14.966) yang meraih perak manakala gangsa menjadi milik atlet Great Britain, Jake Jarman (14.933).

“Saya hanya melakukan yang terbaik dengan harapan untuk memenangi pingat emas. Saya langsung tidak ragu dengan kemampuan diri memandangkan saya sudah melakukan latihan keras selama beberapa bulan ini.

“Sebelum ini saya berdepan masalah pada kaki dan ia merupakan tempoh sukar buat saya. Memang tujuan saya datang ke sini adalah untuk membuktikan kepada semua orang bahawa saya mampu memenangi emas,” katanya.

Emas yang diraih sekali gus memberi kelegaan buat dirinya apabila dapat menebus kekecewaan gagal mendapatkan sebarang pingat ketika beraksi di Olimpik Tokyo biarpun sudah mengeluarkan segala-galanya.

“Saya masih tidak percaya dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Saya sangat bersyukur dengan pingat emas ini kerana diberikan kekuatan untuk melakar pencapaian luar biasa,” ujar Yulo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI