fbpx

Mindef sedia ke Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JELEBU – Kementerian Pertahanan (Mindef) sudah menyediakan perancangan bersesuaian buat anggota tentera Malaysia di Lubnan sekiranya konflik perang di Gaza merebak ke Lebanon.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu termasuklah kemungkinan untuk membawa balik lebih 800 anggota serta pegawai Batalion 850-11 (Malbatt 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di lokasi tersebut.

Bagaimanapun menurut beliau, perancangan itu adalah berdasarkan persetujuaan bersama dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

“Kita telah pun ada perancangan sekiranya konflik merebak ke Lebanon. Kita dah ada perancangan bagaimana nak kita bawa balik anggota-anggota kita tetapi oleh kerana mereka ini pasukan pengaman PBB, apa sahaja pergerakan kita pada akhirnya (perlu) persetujuan PBB.

“Namun, kita sudah pun menyediakan pelan perancangan sekiranya berlaku apa-apa di Lebanon,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan UMNO Bahagian Jelebu 2024, di Komples UMNO Bahagian Jelebu di Simpang Pertang, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI