fbpx

220 keluarga di Plentong terima sumbangan makanan YSIJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 220 keluarga di mukim Plentong menerima sumbangan makanan daripada YSIJ hari ini.

PETALING JAYA – Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyampaikan sumbangan makanan kepada 220 keluarga di Mukim Plentong, Johor Bahru hari ini.

Menerusi hantaran Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Mohd Anizam Jamian kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, Datuk Asman Shah Abd Rahman.

“Majlis penyampaian sumbangan berlangsung di Dewan Muafakat Permas, Johor Bahru hari ini.

“YSIJ secara berterusan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan dalam usaha meringankan beban mereka,” tulis hantaran itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI