fbpx

Sijil palsu universiti luar negara turut dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMK, Prof. Dr. Arham Abdullah (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Dr. Mohammad Shatar di program Bicara Akademia di UMK Kampus Kota, Kota Bharu, hari ini.- Foto ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sentiasa membuat semakan melalui jaringan antarabangsa dengan badan-badan agresif dunia untuk mengesan penipuan kelulusan sijil akademik palsu melibatkan pusat pengajian di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, ia merupakan tanggungjawab agensi itu untuk membuat semakan atau pengesahan tentang kesahihan sijil akademik sama ada dari dalam atau luar negara.

Menurutnya, beliau tidak menafikan bahawa masih wujud penipuan sijil melibatkan kolej atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

“Bagaimanapun, saya tidak mempunyai jumlah pusat pengajian yang terlibat. Justeru, MQA akan membuat semakan atau pengesahan sama ada sijil itu mendapat kelulusan dalam atau luar negara.

“Jika melibatkan kelulusan dari luar negara, kita mempunyai jaringan antarabangsa dengan badan-badan agresif dunia untuk menyemaknya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Bicara Akademia di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Mohammad Shatar memberitahu, kesalahan melibatkan sijil akademik palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 (Akta 555).

Katanya, sehubungan itu, pihak pengurusan di kolej atau pusat pengajian diingatkan supaya tidak melanggar peraturan di bawah bidang Jabatan Pendidikan Tinggi.

“Jangan percaya kepada pihak yang mempromosikan kemudahan untuk memperoleh sijil akademik. Kementerian Pendidikan Tinggi sudah mengeluarkan kenyataan dan setiap ahli universiti perlu mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI