fbpx

Tak mungkin sebab Bella Astillah suka anak ikan – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janna mendakwa, Bella Astillah lebih berminat dengan lelaki berstatus anak ikan.

PETALING JAYA – Gurauan pelakon dan pengacara Janna Nick mencetuskan tanda tanya tentang kesahihan hubungan antara artis Bella Astillah dan Muaz Zabir.

Janna, 29, yang tampil sebagai pengacara jemputan sebuah program hiburan hari ini mengeluarkan kenyataan ‘panas’ mendakwa Bella merupakan individu dalam video viral bersama Muaz Zabir dalam TikTok.

Dalam video tersebut memperlihatkan tangan individu dipercayai wanita bersama dengan pelakon itu di dalam kereta.

Apa yang menarik perhatian apabila netizen mendakwa kuku dan cincin individu itu milik Bella.

“Kuku yang ini sama ke dengan video TikTok Muaz Zabir. Kalian kena tengok,” katanya.

Sementara itu, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, menafikan kuku miliknya sama dengan individu dalam video terbabit.

“Tidak sama, kuku saya tidak sama,” jawabnya ringkas.

Gurauan tersebut tidak hanya terhenti di situ apabila sekali lagi Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner mengatakan Bella tidak tertarik untuk menjalin hubungan dengan golongan VIP kerana sudah mempunyai pilihan sendiri.

“Adakah itu kamu? Memang bukan awak? Sebab Bella tidak mungkin, sebab Bella suka anak ikan,” katanya.

Jun lalu, nama Bella dan Muaz kembali hangat diperkatakan apabila kedua-duanya muncul di sebuah acara dan  bertemu buat pertama kali selepas terpalit kontroversi sekitar April.

Kedua-duanya dipertemukan bagi mempromosikan drama lakonan mereka iaitu Leha Leya Lawa siaran TV3 pada Karnival Jom Heboh di Dataran MITC Melaka.

– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI