KERUSI juri American Idol musim ke-23 yang sebelum ini milik penyanyi Katy Perry akan digantikan oleh alumni program realiti tersebut iaitu Carrie Underwood.
Menurut Hollywood Life, meskipun perkara itu dikatakan mendapat tentangan, namun pemilihan Underwood itu dikatakan wajar dan bersesuaian.
Menurut sumber, Underwood adalah calon terbaik untuk menggantikan Perry kerana dia merupakan pemenang tempat pertama American Idol musim keempat.
“Sudah lebih 20 tahun dia (Underwood) mengikuti sesi uji bakat untuk American Idol.
“Dia juga antara alumni American Idol yang aktif dan bijak sehingga ke hari ini,” katanya.
Sementara itu, dua juri lain iaitu Luke Bryan dan Lionel Richie dikekalkan di samping program tersebut akan memulakan tayangan pada 2025. – KOSMO! ONLINE