fbpx

Kumpulan bersenjata tawan pusat perintah tentera junta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan anggota Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta’ang (TNLA) di bandar Namhsan pada 12 Disember 2023. - AFP

NAYPYIDAW – Sebuah kumpulan bersenjata etnik minoriti di Myanmar mendakwa berjaya menawan pusat perintah tentera serantau selepas pertempuran berminggu-minggu menentang askar junta, lapor akhbar Arab News. 

“Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) menawan sepenuhnya ibu pejabat pusat perintah timur laut tentera di Lashio, utara negeri Shan,” kata kumpulan itu. 

Pertempuran menggegarkan bandar Lashio apabila MNDAA memulakan serangan terhadap tentera junta sejak 3 Julai lalu.  

Jurucakap junta, Zaw Min Tun tidak dapat dihubungi untuk mengulas kejadian itu. 

“Tentera (junta) yang menentang selama berminggu-minggu di ibu pejabat pusat perintah timur laut mula berundur pagi ini (semalam),” kata sumber yang enggan mendedahkan identitinya. 

Tentera Myanmar mempunyai 14 pejabat perintah wilayah di seluruh negara, dari kaki pergunungan Himalaya di utara hingga kawasan delta selatan yang bersempadan dengan Lautan Hindi.

Kira-kira 10 daripada pasukan tersebut dikerahkan untuk memerangi kumpulan bersenjata etnik minoriti atau Pasukan Pertahanan Rakyat yang baru muncul, bagi memerangi tentera junta sejak rampasan kuasa pada 2021. 

Penawanan bandar Lashio merupakan kali pertama tentera junta kehilangan kawalan markas wilayah, sepanjang konflik tercetus sejak lebih tiga tahun lalu. 

Pada masa sama, ia masih belum memulihkan kawalan di bandar Laukkai berhampiran sempadan China, selepas 2,000 tentera junta menyerah kalah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI