fbpx

Rusuhan ganas merebak di Britain, 90 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota-anggota polis cuba mengawal kumpulan-kumpulan berhaluan kanan dan demonstrasi lain di Liverpool. - PA

LONDON – Lebih 90 penunjuk perasaan ditahan selepas kumpulan-kumpulan berhaluan kanan melakukan demonstrasi mencetuskan rusuhan di seluruh Britain susulan insiden serangan pisau yang menyebabkan tiga kanak-kanak perempuan terbunuh awal minggu lalu. 

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, anggota-anggota polis berdepan keganasan serius di beberapa kawasan termasuk Hull, Liverpool, Bristol, Manchester, Blackpool dan Belfast. 

Perusuh membaling botol, merompak kedai dan menyerang polis di bandar-bandar itu.

Perdana Menteri Keir Starmer berikrar untuk memberikan sokongan penuh kepada polis untuk mengambil tindakan terhadap perusuh yang cuba mencetuskan kebencian. 

Di Liverpool, beratus-ratus orang merusuh dan menyerang polis dengan membaling bata, botol serta objek lain. 

Seorang anggota cedera di kepala akibat dibaling kerusi, manakala seorang lagi terjatuh dari motosikalnya selepas ditendang perusuh. 

Beratus-ratus penunjuk perasaan anti-Islam dan kira-kira 1,000 penunjuk perasaan anti imigran dilaporkan berhimpun dan berarak di tebing sungai bandar itu, sebelum dileraikan oleh polis untuk mencegah kekacauan dan menjaga ketenteraman. 

Pergolakan berterusan sehingga awal pagi semalam dengan mercun dilancarkan ke arah anggota polis anti rusuhan.

Polis Merseyside berkata, sebuah perpustakaan di kawasan Walton dibakar, manakala perusuh cuba menghalang anggota bomba daripada memadamkan api. 

Sementara itu, beratus-ratus penunjuk perasaan anti rusuhan berkumpul di stesen Lime Street Liverpool bagi menyeru perpaduan dan toleransi dengan melaungkan slogan ‘Pelarian dialu-alukan di sini”. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI