fbpx

Orang ramai disaran naik LRT ke himpunan solidariti malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai digalakkan untuk menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil, malam ini.

Rapid KL dalam hantaran di Facebook turut menyarankan penumpang menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) untuk perjalanan yang lebih lancar.

“Jom naik LRT ke Perhimpunan Pembebasan Palestin dan turun di Stesen LRT Bukit Jalil,” katanya.

Himpunan itu yang dijangka bermula pukul 6 petang adalah untuk menghantar mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan kekejaman berterusan rejim Zionis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka menyampaikan pidato untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin bersama beberapa pemimpin lain.

Antara program yang diatur ialah Pidato Solidariti Palestin, solat maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kira-kira 20,000 orang dijangka hadir bagi menyertai himpunan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI