fbpx

NBC lapor Amerika Syarikat nombor 1, dahului kutipan pingat Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUTIPAN pingat setakat kelmarin.-- AGENSI

PARIS – Amerika Syarikat (AS) dijangka mendahului negara-negara lain apabila memenangi paling banyak pingat di temasya Sukan Olimpik Paris 2024, lapor saluran berita NBC News York semalam.

Menurut saluran berita berkenaan, China dijangka tidak berpeluang untuk mengatasi Amerika Syarikat dalam kutipan pingat keseluruhan.

Bagaimanapun, Beijing memiliki peluang untuk memenangi lebih banyak pingat emas.

TANGKAP layar kutipan pingat menerusi carian Google pagi ini.

China juga mengekalkan kedudukan sebagai negara paling banyak memenangi emas pada minggu pertama Olimpik Paris berlangsung.

Dalam pada itu, negara tuan rumah Perancis semakin mengekori Amerika Syarikat dari segi bilangan pingat yang dimenangi di Paris.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan terkini di laman web Olimpik menunjukkan China berada di tangga pertama dengan 16 emas dan 37 keseluruhan pingat diikuti AS (14 emas dan 61 bagi keseluruhan pingat dimenangi) – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI