fbpx

Piala FA: Hatrik Safuwan bawa Selangor ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN Selangor, Safuwan Baharudin (kiri) melakukan tandukan ketika menghasilkan jaringan kedua untuk memastikan kemenangan 4-1 ke atas Terengganu di separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

PETALING JAYA – Kemunculan kali pertama Faisal Halim bersama pasukan dalam perlawanan kompetitif memberikan ‘tenaga tambahan’ buat Selangor yang mengesahkan slot final Piala FA selepas menewaskan Terengganu 6-4 secara agregat.

Pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi, ketua pasukan Red Giants, Safuwan Baharudin tampil dengan aksi luar biasa apabila merakam hatrik untuk memastikan kemenangan 4-1.

Sepanjang 90 minit permainan, 13,370 orang penyokong di stadium dihidangkan aksi penuh berkualiti daripada kedua-dua pasukan malah peminat Terengganu juga begitu teruja untuk menyaksikan kehadiran semula Faisal selepas pulih daripada kecederaan lecur akibat simbahan asid, awal Mei lalu.

Di awal permainan menyaksikan Selangor seakan dirasuk apabila memeroleh dua gol dalam tempoh enam minit menerusi Safuwan, masing-masing pada minit ketiga dan keenam.

Walaupun memulakan perlawanan dengan langkah kiri, Terengganu masih mampu menghadirkan tentangan dan minit ke-22, usaha yang diatur akhirnya membuahkan hasil apabila memperoleh gol pertama menerusi Ismaheel Akinade.

Seterusnya, aksi berlangsung seimbang namun kedua-dua pasukan sering dikecewakan oleh penyudah kurang baik untuk menyaksikan babak pertama berakhir 2-1 yang berpihak kepada tuan rumah.

Hanya sembilan minit selepas bersambung, Safuwan melengkapkan malam gemilang buatnya dengan melengkapkan hatrik untuk meletakkan Red Giants makin selesa di depan.

Nyanyian ‘Safawi sudah koyak’ oleh penyokong Selangor seakan tidak beri kesan besar buat Safawi dan minit ke-65, lencongan dilakukannya menghadirkan situasi cemas buat kem tuan rumah namun ia dinafikan oleh palang gol.

Sebaik aksi memasuki masa tambahan, pemain gantian tuan rumah, Reziq Bani Hani terus mematikan sisa perjuangan Terengganu sekaligus mengesahkan kemaraan Selangor ke perlawanan akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI